Friday, 21 February 2014

Peraturan Dan Regulasi: Medan Diskusi

PERATURAN MEDAN DISKUSI



  • Pelajar hanya dibenarkan berada di medan diskusi semasa waktu pagi, rehat atau petang.
  • Guru yang ingin mengadakan sesi P&P di medan diskusi harus berada dengan kelas sepanjang kunjungan di medan diskusi.
  • Kelas tersebut tidak dibenarkan berada di medan diskusi selagi guru tersebut tidak hadir.
  • Guru tersebut bertanggungjawab terhadap kelas tersebut sepanjang berada di medan diskusi.
  • Pelajar tidak dibenarkan berada di medan diskusi semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan kecuali dengan  kebenaran atau kehadiran guru yang sedang mengajar.
  • Pelajar tidak dibenarkan membuat bising di medan diskusi.
  • Pelajar tidak dibenarkan membawa barang larangan dan berbahaya ke medan diskusi seperti:
  1. Makanan dan minuman
  2. Beg sekolah
  • Pelajar tidak dibenarkan sama sekali makan atau minum di medan diskusi.
  • Pelajar hanya dibenarkan meletakkan beg sekolah di ruang lantai di medan diskusi.
  • Pelajar tidak dibenarkan meletakkan beg sekolah di atas kerusi dan meja di medan diskusi.
  • Pelajar tidak dibenarkan berkongsi kerusi dan hanya boleh duduk di kerusi masing-masing.
  • Pelajar tidak dibenarkan mengalihkan kerusi ke tempat lain.
  • Pelajar tidak dibenarkan mengganggu ketenteraman pelajar lain.
  • Pelajar tidak dibenarkan membuat sepah di medan diskusi.
  • Pelajar tidak dibenarkan membawa keluar harta medan diskusi kecuali dengan kebenaran.
  • Pelajar mesti meletakkan semula bahan bacaan di medan diskusi ke tempat asalnya.
  • Pelajar mesti masuk semula kerusi ke dalam meja sebelum beredar keluar dari medan diskusi.
  • Pelajar mesti menutup suis kipas dan lampu selepas menggunakan medan diskusi.
  • Sekiranya pelajar kehilangan barang di medan diskusi maka barang tersebut boleh dituntut dari pengawas bertugas di perpustakaan.
  • Mana-mana pelajar yang melanggar peraturan perpustakaan boleh disuruh keluar dari medan diskusi, ditahan dari memasuki medan diskusi untuk satu tempoh tertentu atau dikenakan tindakan disiplin oleh AJK Disiplin PSS.
Credit: anime.mmgn.com

Peraturan Dan Regulasi: Bilik Tayang

PERATURAN BILIK TAYANG



  • Pelajar yang ingin menggunakan bilik tayang harus membuat temu janji dahulu dan mesti mendapatkan kebenaran sebelum menggunakan bilik tayang  dengan syarat ada guru yang menemani mereka.
  • Guru yang ingin mengadakan sesi pengajaran dan pembelajaran di bilik tayang harus membuat temu janji dan berada dengan kelas sepanjang kunjungan di bilik tayang.
  • Kelas tersebut tidak dibenarkan masuk selagi guru tersebut tidak hadir.
  • Guru tersebut bertanggungjawab terhadap kelas tersebut sepanjang berada di bilik tayang.
  • Pelajar tidak dibenarkan berada di bilik tayang semasa sesi P&P berjalan kecuali dengan  kebenaran atau kehadiran guru yang sedang mengajar.
  • Pelajar tidak dibenarkan membuat bising di dalam bilik tayang.
  • Pelajar tidak dibenarkan membawa barang larangan dan berbahaya ke dalam bilik tayang seperti:
  1. Makanan dan minuman
  2. Benda-benda tajam
  3. Beg sekolah
  • Pelajar tidak dibenarkan sama sekali makan atau minum di bilik tayang.
  • Pelajar tidak dibenarkan meletakkan beg sekolah di atas meja membaca di luar bilik tayang.
  • Pelajar hanya dibenarkan meletakkan beg sekolah di tempat yang disediakan di luar bilik tayang. 
  • Pelajar tidak dibenarkan berkongsi kerusi dan hanya boleh duduk di kerusi masing-masing.
  • Pelajar tidak dibenarkan mengalihkan kerusi ke tempat lain.
  • Pelajar tidak dibenarkan mengganggu ketenteraman pelajar lain.
  • Pelajar tidak dibenarkan membuat sepah di dalam bilik tayang.
  • Pelajar tidak dibenarkan menggunakan peralatan di dalam bilik tayang tanpa kebenaran guru.
  • Pelajar tidak dibenarkan mengusik barangan elektronik di dalam bilik tayang.
  • Pelajar tidak dibenarkan membawa keluar harta bilik tayang kecuali dengan kebenaran.
  • Pelajar mesti menyusun kerusi dan meja sebelum beredar keluar dari bilik tayang.
  • Sekiranya pelajar kehilangan barang di medan diskusi maka barang tersebut boleh dituntut dari pembantu perpustakaan atau pengawas bertugas di perpustakaan.
  • Mana-mana pelajar yang melanggar peraturan bilik tayang boleh disuruh keluar dari bilik tayang, ditahan dari memasuki bilik tayang untuk satu tempoh tertentu atau dikenakan tindakan disiplin oleh AJK Disiplin PSS.
Credit: ffuwaffuwa.tumblr.com 

Peraturan Dan Regulasi: Perpustakaan

PERATURAN PERPUSTAKAAN



  • Pelajar hanya dibenarkan berada di perpustakaan semasa waktu rehat atau waktu petang dan harus mendaftar kehadiran di kaunter atas nama sendiri.
  • Guru yang ingin mengadakan sesi pengajaran dan pembelajaran di perpustakaan harus membuat tempahan terlebih dahulu dan berada dengan kelas sepanjang kunjungan di perpustakaan.
  • Kelas tersebut tidak dibenarkan masuk selagi guru tersebut tidak hadir.
  • Guru tersebut bertanggungjawab terhadap kelas tersebut sepanjang berada di perpustakaan.
  • Pelajar tidak dibenarkan berada di perpustakaan semasa sesi pengajaran pembelajaran berjalan kecuali dengan  kebenaran atau kehadiran guru yang sedang mengajar.
  • Pelajar tidak dibenarkan membuat bising di dalam perpustakaan.
  • Pelajar tidak dibenarkan membawa barang larangan dan berbahaya ke dalam perpustakaan seperti:
  1. Makanan dan minuman
  2. Benda-benda tajam
  3. Beg sekolah
  4. Buku teks sekolah*
  • Pelajar tidak dibenarkan sama sekali makan atau minum di dalam perpustakaan.
  • Pelajar hanya dibenarkan meletakkan beg sekolah di ruang lantai di luar perpustakaan.
  • Pelajar tidak dibenarkan meletakkan beg sekolah di atas meja membaca atau sofa di luar perpustakaan.
  • Pelajar tidak dibenarkan berkongsi kerusi dan hanya boleh duduk di kerusi masing-masing.
  • Pelajar tidak dibenarkan mengalihkan kerusi ke tempat lain.
  • Pelajar tidak dibenarkan mengganggu ketenteraman pelajar lain.
  • Pelajar tidak dibenarkan membuat sepah di dalam perpustakaan.
  • Pelajar yang selesai membaca buku harus meletakkan buku yang dibaca di atas troli.
  • Pelajar tidak dibenarkan menggunakan barangan IT perpustakaan tanpa kebenaran.
  • Pelajar tidak dibenarkan meninggalkan buku di atas meja atau meletakkan buku di atas rak lain.
  • Pelajar tidak dibenarkan membaca atau melepak di tempat buku.
  • Pelajar tidak dibenarkan berada di belakang kaunter melainkan terdapat kebenaran guru.
  • Pelajar tidak dibenarkan mengusik buku yang terdapat di atas rak pameran.
  • Pelajar tidak dibenarkan membawa keluar harta perpustakaan kecuali dengan kebenaran.
  • Pelajar mesti masuk semula kerusi ke dalam meja sebelum beredar keluar dari perpustakaan.
  • Sekiranya pelajar kehilangan barang di medan diskusi maka barang tersebut boleh dituntut dari pembantu perpustakaan atau pengawas bertugas di perpustakaan.
  • Mana-mana pelajar yang melanggar peraturan perpustakaan boleh disuruh keluar dari perpustakaan, ditahan dari memasuki perpustakaan untuk satu tempoh tertentu atau dikenakan tindakan disiplin oleh AJK Disiplin PSS
*Dibenarkan untuk sesi pengajaran dan pembelajaran

Credit: anime.desktopnexus.com