Friday, 21 February 2014

Peraturan Dan Regulasi: Bilik Tayang

PERATURAN BILIK TAYANG



  • Pelajar yang ingin menggunakan bilik tayang harus membuat temu janji dahulu dan mesti mendapatkan kebenaran sebelum menggunakan bilik tayang  dengan syarat ada guru yang menemani mereka.
  • Guru yang ingin mengadakan sesi pengajaran dan pembelajaran di bilik tayang harus membuat temu janji dan berada dengan kelas sepanjang kunjungan di bilik tayang.
  • Kelas tersebut tidak dibenarkan masuk selagi guru tersebut tidak hadir.
  • Guru tersebut bertanggungjawab terhadap kelas tersebut sepanjang berada di bilik tayang.
  • Pelajar tidak dibenarkan berada di bilik tayang semasa sesi P&P berjalan kecuali dengan  kebenaran atau kehadiran guru yang sedang mengajar.
  • Pelajar tidak dibenarkan membuat bising di dalam bilik tayang.
  • Pelajar tidak dibenarkan membawa barang larangan dan berbahaya ke dalam bilik tayang seperti:
  1. Makanan dan minuman
  2. Benda-benda tajam
  3. Beg sekolah
  • Pelajar tidak dibenarkan sama sekali makan atau minum di bilik tayang.
  • Pelajar tidak dibenarkan meletakkan beg sekolah di atas meja membaca di luar bilik tayang.
  • Pelajar hanya dibenarkan meletakkan beg sekolah di tempat yang disediakan di luar bilik tayang. 
  • Pelajar tidak dibenarkan berkongsi kerusi dan hanya boleh duduk di kerusi masing-masing.
  • Pelajar tidak dibenarkan mengalihkan kerusi ke tempat lain.
  • Pelajar tidak dibenarkan mengganggu ketenteraman pelajar lain.
  • Pelajar tidak dibenarkan membuat sepah di dalam bilik tayang.
  • Pelajar tidak dibenarkan menggunakan peralatan di dalam bilik tayang tanpa kebenaran guru.
  • Pelajar tidak dibenarkan mengusik barangan elektronik di dalam bilik tayang.
  • Pelajar tidak dibenarkan membawa keluar harta bilik tayang kecuali dengan kebenaran.
  • Pelajar mesti menyusun kerusi dan meja sebelum beredar keluar dari bilik tayang.
  • Sekiranya pelajar kehilangan barang di medan diskusi maka barang tersebut boleh dituntut dari pembantu perpustakaan atau pengawas bertugas di perpustakaan.
  • Mana-mana pelajar yang melanggar peraturan bilik tayang boleh disuruh keluar dari bilik tayang, ditahan dari memasuki bilik tayang untuk satu tempoh tertentu atau dikenakan tindakan disiplin oleh AJK Disiplin PSS.
Credit: ffuwaffuwa.tumblr.com 

No comments:

Post a Comment