Friday, 21 February 2014

Peraturan Dan Regulasi: Perpustakaan

PERATURAN PERPUSTAKAAN



  • Pelajar hanya dibenarkan berada di perpustakaan semasa waktu rehat atau waktu petang dan harus mendaftar kehadiran di kaunter atas nama sendiri.
  • Guru yang ingin mengadakan sesi pengajaran dan pembelajaran di perpustakaan harus membuat tempahan terlebih dahulu dan berada dengan kelas sepanjang kunjungan di perpustakaan.
  • Kelas tersebut tidak dibenarkan masuk selagi guru tersebut tidak hadir.
  • Guru tersebut bertanggungjawab terhadap kelas tersebut sepanjang berada di perpustakaan.
  • Pelajar tidak dibenarkan berada di perpustakaan semasa sesi pengajaran pembelajaran berjalan kecuali dengan  kebenaran atau kehadiran guru yang sedang mengajar.
  • Pelajar tidak dibenarkan membuat bising di dalam perpustakaan.
  • Pelajar tidak dibenarkan membawa barang larangan dan berbahaya ke dalam perpustakaan seperti:
  1. Makanan dan minuman
  2. Benda-benda tajam
  3. Beg sekolah
  4. Buku teks sekolah*
  • Pelajar tidak dibenarkan sama sekali makan atau minum di dalam perpustakaan.
  • Pelajar hanya dibenarkan meletakkan beg sekolah di ruang lantai di luar perpustakaan.
  • Pelajar tidak dibenarkan meletakkan beg sekolah di atas meja membaca atau sofa di luar perpustakaan.
  • Pelajar tidak dibenarkan berkongsi kerusi dan hanya boleh duduk di kerusi masing-masing.
  • Pelajar tidak dibenarkan mengalihkan kerusi ke tempat lain.
  • Pelajar tidak dibenarkan mengganggu ketenteraman pelajar lain.
  • Pelajar tidak dibenarkan membuat sepah di dalam perpustakaan.
  • Pelajar yang selesai membaca buku harus meletakkan buku yang dibaca di atas troli.
  • Pelajar tidak dibenarkan menggunakan barangan IT perpustakaan tanpa kebenaran.
  • Pelajar tidak dibenarkan meninggalkan buku di atas meja atau meletakkan buku di atas rak lain.
  • Pelajar tidak dibenarkan membaca atau melepak di tempat buku.
  • Pelajar tidak dibenarkan berada di belakang kaunter melainkan terdapat kebenaran guru.
  • Pelajar tidak dibenarkan mengusik buku yang terdapat di atas rak pameran.
  • Pelajar tidak dibenarkan membawa keluar harta perpustakaan kecuali dengan kebenaran.
  • Pelajar mesti masuk semula kerusi ke dalam meja sebelum beredar keluar dari perpustakaan.
  • Sekiranya pelajar kehilangan barang di medan diskusi maka barang tersebut boleh dituntut dari pembantu perpustakaan atau pengawas bertugas di perpustakaan.
  • Mana-mana pelajar yang melanggar peraturan perpustakaan boleh disuruh keluar dari perpustakaan, ditahan dari memasuki perpustakaan untuk satu tempoh tertentu atau dikenakan tindakan disiplin oleh AJK Disiplin PSS
*Dibenarkan untuk sesi pengajaran dan pembelajaran

Credit: anime.desktopnexus.com

No comments:

Post a Comment