Monday, 16 December 2013

Rumusan: Faedah-Faedah Melancong 

FAEDAH-FAEDAH MELANCONG

Melancong merupakan aktiviti riadah yang amat menyeronokkan serta boleh dijadikan hobi tetap untuk penggemar pengembaraan mengisi masa lapang mereka. Melancong tidak semestinya kita keluar negara, berjalan-jalan ke tempat di sekitar kawasan rumah juga dikira melancong serta banyak faedah yang diperoleh seperti Encik Adam.

Encik Adam membawa keluarganya melancong ke Zoo Negara.  Melalui ini Encik Adam dapat merapatkan hubungan kekeluargaannya. Walaupun dia tidak mampu membawa keluarga melancong jauh namun dia tetap mendapat manfaat dengan meluangkan masa berharga bersama keluarga.

Selain itu, Encik Adam sekeluarga dapat menambahkan ilmu pengetahuan mengenai haiwan-haiwan liar yang ada di Malaysia dan spesis-spesis terancam dek kerakusan manusia. Secara tidak langsung dia juga telah memupuk minat dalam diri anak-anaknya untuk melindungi aset-aset berharga negara ini.

Apabila Encik Adam memilih untuk hanya melancong di Malaysia, dia bukan hanya menjimatkan kos perbelanjaan akan tetapi dia turut membantu meningkatkan ekonomi kerana duit gajinya digunakan semula untuk membeli barangan Malaysia seperti kraf tangan dan cenderamata yang dihasilkan oleh rakyat Malaysia sendiri.

Faedah yang terbesar sekali bagi diri Encik Adam ialah dia dapat menghilangkan tekanan atau stres yang dialami di tempat kerja. Secara tidak langsung pelancongan ke Zoo Negara ini dapat merembes pemikiran negatif serta emosi yang tidak stabilnya dan melahirkan pemikiran baru, cerdas dan penuh dengan perkara positif.

Oleh itu, kita tidak harus sesekali merendahkan kuasa melancong kerana banyak perkara yang positif diperoleh berbanding perkara negatif.

Kredit:
Librarian MaeMae
www.magicpay.net

1 comment:

  1. Sungguh menarik dan bermanfaat! Saya sangat setuju bahawa <a href="https://legasitravel.com/faedah-melancong/>faedah melancong</a> amat banyak dan tidak boleh dipandang remeh. Melancong bukan hanya sebagai aktiviti hiburan, tetapi juga sebagai cara untuk memperluas pengetahuan dan pengalaman kita. Tidak kira sama ada kita melancong seorang diri atau bersama keluarga, setiap perjalanan memberikan kenangan yang tidak ternilai serta pengetahuan tentang budaya dan sejarah yang berbeza. Teruskan berkongsi maklumat berharga ini untuk menggalakkan lebih ramai orang menikmati kelebihan yang ditawarkan oleh aktiviti pelancongan!

    ReplyDelete