TEMPAT BERSEJARAH DI NEGARA KITA
Malaysia sememangnya sinonim sebagai tempat pelancongan yang amat menarik perhatian pelancong terutama penggemar sejarah dari negara-negara Eropah dan benua Asia. Sememangnya setiap pelosok Malaysia mempunyai sejarah yang sangat unik. Melawat tempat bersejarah sememangnya mendatangkan banyak faedah.Melalui lawatan ke tempat bersejarah, kita boleh meluaskan pengetahuan dan pengalaman tentang sejarah tempatan dan mengenali asal usul dengan lebih terperinci serta memupuk perasaan tanggungjawab untuk memelihara adat dan budaya kita.
Selain itu, kita juga dapat belajar untuk menghargai jasa dan pengorbanan seseorang tokoh pejuang tanah air yang berusaha memberikan kita keharmonian negara agar kita tidak perlu hidup susah dan sengsara seperti mereka alami sewaktu peperangan.
Secara tidak langsung akan timbul kesedaran dalam diri kita tentang kezaliman penjajah menindas penduduk tempatan tanpa belas kasihan dan menanam keazaman dalam diri kita untuk tidak membiarkan sejarah berulang kembali.
Melihat puing-puing bangunan bersejarah akan membuat kita lebih bersyukur dengan keadaan negara kita yang bebas dari peperangan yang perit untuk ditelan dan menimbulkan semangat cinta akan negara yang telah banyak berjasa kepada kita.
Kesimpulannya, bukan satu kerugian untuk melawat tempat bersejarah kerana sejarah mengajar kita menjadi lebih dewasa bagi mengharungi arus dunia moden zaman kini.
Kredit:
Librarian MaeMae
www.flickr.com
No comments:
Post a Comment