SEJARAH PUSAT SUMBER SEKOLAH
Pada tahun 1959, murid-murid SMKTPM menumpang belajar di SMK Gajah Behrang sambil menggunakan kemudahan perpustakaan di sekolah tersebut. Pada April 1961 murid-murid SMKTPM berpindah ke bangunan sekolah sendiri dan sebuah perpustakaan ditubuhkan dengan menggunakan sebuah bilik darjah. Pada tahun 1962, sistem perpustakaan kelas dilaksanakan. Pada peringkat awal peminjaman buku rujukan dilaksanakan dengan mengisi borang pinjaman kemudian sistem kad perpustakaan tanpa foto diperkenalkan.
Pada peringkat awal perpustakaan dibuka pada waktu sesi persekolahan sahaja. Pada tahun 1970, perpustakaan dibuka pada sebelah petang dan hari Sabtu. Pada tahun 1970-an, waktu perpustakaan seminggu sekali ditetapkan untuk setiap kelas. Pada tahun 1988, Malam Sumbangsih telah diadakan untuk mengutip derma supaya perpustakaan sekolah dapat diperbesar kerana bilangan murid sekolah yang semakin meningkat.
Pada awal 1990, perpustakaan sekolah diperbesar dan dinamakan Pusat Sumber Sekolah. PSS ini meliputi sebuah bilik perpustakaan dan sebuah bilik Alat Pandang Dengar. Aktiviti PSS dijalankan dengan lancar dibawah pengelolaan sebuah Jawatankuasa Induk, Jawatankuasa Kerja, Jawatankuasa Pengawas PSS dan seorang pembantu Perpustakaan.
Pada tahun 1990-an, uniform khas untuk pengawas diadakan. Pada tahun berikutnya, PSS SMKTPM (Kategori BI PSS Menengah) telah mendapat Naib Johan dalam Pertandingan PSS Gemilang Peringkat Negeri Melaka.
Pada tahun 2003, Malam Sumbangsih anjuran PIBG SMKTPM telah diadakan dan salah satu objektifnya untuk mempertingkatkan PSS menjadi E-Library. Sistem Pangkalan Data Automasi Perpustakaan (Library Automation Database System) diperkenalkan dan Smart Card telah mula diperkenalkan kepada murid-murid tingkatan lima. Smart Card ini kemudiannya telah diperluaskan penggunaannya kepda semua warga sekolah.
Pada tahun 2004, Bilik Tayang telah dipindahkan ke blok C iaitu bersebelahan Bilik Lukisan Kejuruteraan. Pada Disember 2006, Bilik Tayang telah dipindahkan di Blok H dan terletak bersebelahan dengan bilik kerja. Pada tahun ini juga Perpustakaan Mini ditubuhkan di setiap bilik darjah.
Pada 16 Mei 2007, Bilik Pusat Ases Sekolah telah dirasmikan oleh Pn. Hjh. Mismy Bte Mohamad, Pengetua SMKTPM. Pusat Akses ini terletak di Blok C dan mempunyai 10 buah komputer yang dilengkapi dengan School Net. Pusat Akses ini memberi kemudahan kepada semua warga sekolah khususnya pelajar untuk mengakses maklumat selaras dengan dasar kerajaan yang ingin mewujudkan Sekolah Bestari di semua sekolah di Malaysia pada tahun 2010.
No comments:
Post a Comment