Thursday, 10 October 2013

Profil: Pengenalan Pusat Sumber Sekolah

SELAYANG PANDANG


 PENGERTIAN
Pusat Sumber Sekolah (PSS) merupakan pusat perkhidmatan akses maklumat bersepadu yang mengandungi pelbagai sumber pendidikan dalam bentuk bahan cetak, bukan cetak dan digital. PSS perlu diurus secara sistematik dan efisyen bagi tujuan memupuk tabiat membaca, literasi maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat selaras dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
 VISI
Membudayakan teknologi pendidikan selaras dengan falsafah pendidikan kebangsaan.
 MISI
Menjadikan pusat sumber sekolah pusat penyebaran ilmu dan maklumat.
 MOTTO
Pusat Sumber Sekolah (PSS) ke arah Kecemerlangan Budaya Ilmu
 MATLAMAT
  • Memastikan setiap murid dapat peluang meminjam dan membuat rujukan di PSS dengan selesa dan sama rata.
  • Membina semangat kerja berpasukan dalam kalangan AJK dan pustakawan bagi melancarkan perjalanan urusan PSS.
  • Sentiasa memberi layanan yang mersa kepada setiap penggunaan tanpa mengira status.
  • Sedia menerima segala teguran dan cadangan untuk mempertingkatkan mutu pengurusan.

OBJEKTIF
  • Menyediakan sumber-sumber bagi kemudahan guru dan pelajar.
  • Menganjurkan pelbagai aktiviti berkaitan PSS.
  • Meningkatkan profesionalisme guru.
  • Mengumpul, menyimpan dan mengedarkan pelbagai jenis maklumat.
  • Melatih pelajar berdikari menerusi informasi yang boleh dikesan di PSS.
  • Menyediakan perisian pendidikan untuk kegunaan guru dan pelajar.

 FUNGSI
Sebagai tempat mengumpul, menghasil, mengorganisasi dan menyebar atau menggunakan maklumat.
 PERANAN
Sebagai satu sistem yang menyokong ke arah matlamat pendidikan negara. Ia perlu bergerak dengan pelbagai bahan dan aktiviti ke arah memperbaiki mutu pengajaran dan pembelajaran.

No comments:

Post a Comment