NAMA : Nur Fatihah Binti Khalid
TINGKATAN : 1 RK 1
TAJUK : Helen Keller
Pada tahun 1880, seorang bayi perempuan dilahirkan dan dinamakan Helen. Ibu bapanya sangat gembira dengan kelahirannya. Namun ketika Helen berumur dua tahun, dia menghidap demam panas dan menyebabkannya buta dan peka. Akibatnya, Helen tidak dapat belajar. Helen mudah marah kerana tidak dapat berkomunikasi dengan orang lain. Ibu bapa Helen sangat risau dengan keadaannya. Ketika Helen berusia tiga tahun, ibu bapanya membayar seorang guru, Cik Macy untuk mengajar Helen di rumah. Cik Macy juga buta semasa kecil. Oleh itu, dia memahami perasaan Helen dan mengambil keputusan mengajar Helen membaca dan menulis. Pada mulanya, Helen bersikap kasar terhadap Cik Macy. Dia tidak mahu mengikut nasihat Cik Macy. Cik Macy seorang yang baik hati dan bertimbang rasa, dia mendidik Helen dengan sabar. Lama-kelamaan Helen mula menyukai Cik Macy. Dalam masa yang sama, Helen sudah boleh menulis perkataan dan membaca Braille, tulisan untuk orang buta. Secara beransur-ansur, Helen dapat berkomunikasi dengan orang lain. Dia menjadi seorang yang lembut dan sopan. Cik Macy ingin mendengar Helen bercakap. Dia meletakkan jari Helen pada bibirnya untuk mengajar Helen cara sesuatu perkataan disebut. Kemudian dia menyuruh Helen cuba menyebutnya. Pada mulanya, agak sukar untuk dilakukan . Akhirnya, Helen menyebut "mum" (ibu). Ibu Helen sangat gembira sehingga tidak dapat menahan air matanya . Helen berjaya menamatkan persekolahannya dan memasuki universiti . Selepas beberapa tahun, Helen memperoleh ijazahnya. Dia ingin menjadi seorang yang baik hati dan sabar seperti gurunya, Cik Macy.
No comments:
Post a Comment