Nama: Nurul Syafiqah Bte Sani
Kelas: 6B2
Tajuk: Pentingnya Kemerdekaan

Tema kemerdekaan pada tahun ini ialah "Janji Ditepati" sebagai tema hari kemerdakaan ke-55 tahun yang diadakan di Kuala Lumpur pada 31 Ogos.Manakala Sarawak pula menjadi tuan rumah sambutan Hari Malaysia pada tanggal 16 September. Menurut wikipedia Kemerdekaan ialah pemerintahan sendiri oleh penduduk-penduduk sebuah negara yang secara amnya menunutut kedaulatan. Kemerdekaan merupakan taraf permulaan bagi sebuah negara muncul sering kali untuk mengisi kekosongan politik tetapi sering merupakan pembebasan daripada kuasa yang mendominasi kawasan itu. Dari segi negatif, kemerdekaan juga boleh ditakrifkan sebagai keadaan yang tidak dikuasai oleh kuasa yang lain melalui penjajahan, dasar perluasan kuasa atau imperialisme.
Kemerdekaan adalah sangat penting dalam sesebuah negara yang merdeka. Rakyat Malaysia mempunyai banyak sebab untuk mempertahankan kemerdekaan yang sedia ada di Malaysia. Antara sebab utama ialah kemerdekaan sebagai lambang kebebasan,kedaulatan dan kejayaan. Rakyat Malaysia tiada sebab atau alasan untuk tidak barusaha mempertahankan negara tercinta ini. Semua lapisan masyarakat dan lapisan pemerintah harus berganding-bahu untuk mengelakkan negara dari mengalami huru-hara dan kacau-bilau. Jika kemerdekaan negara dapat dipertahankan,kerajaan kita boleh marangka politik dan pentadbiran mengikut acuan sendiri dan tidak perlu mengikut telunjuk dari luar.
Selain itu, kemerdekaan sangat penting untuk sistem pendidikan sesebuah negara. Pendidikan adalah sangat penting dalam menyumbang ke arah perpaduan, pembangunan, dan ekonomi. Pendidikan dapat melahirkan banyak generasi minda yang akan membangunkan dan memacu kejayaan negara. Tercapainya kemerdekaan, negara dapat membuat dasar pendidikan sendiri yang sesuai dengan rakyatnya. Sebelum kemerdekaan, sistem pendidikan negara mengikut kaum. Dasar pendidikan negara selepas kemerdekaaan telah menyeragamkan sistem pendidikan di mana semua kaum mengamalkan sistem pendidikan yang sama mengikut Dasar Pendidikan Kebangsaan. Dasar Pendidikan Kebangsaan telah terhasil melahirkan ratusan ribu lapisan sekolah dan institusi pengajian tinggi yang menjadi tenaga penggerak pembangunan negara dalam pelbagai bidang. Dasar pendidikan juga berdaya saing serta kerajaan sentiasa meningkatkan mutu dasar pendidikan negara untuk melahirkan anak watan yang berkualiti lagi berilmu.
Seterusnya, kemerdekaan penting kerana untuk ekonomi sesebuah negara. Negara yang merdeka dapat melaksanakan dasar ekonomi mengikut selera sendiri demi kepentingan negara itu sendiri. Pembangunan ekonomi akan dapat dijalankan dengan sekata dari pelbagai bidang dan sektor sama ada di bandar mahupun di luar bandar. Dasar Ekonomi Baru (DEB) ialah salah satu contoh, suatu dasar pembangunan ekonomi yang bermatlamatkan untuk mewujudkan pembangunan seimbang bagi melahirkan masyarakat yang hidup sederhana, bersatu-padu dan adil. Pada masa kini negara kita telah menjadikan sains dan teknologi sebagai salah satu teras pembangunan sosioekonomi. Sekiranya negara kita tidak merdeka sudah pasti membantutkan pembangunan ekonomi. Selain itu, adalah mustahil untuk mendapatkan pelabur-pelabur luar untuk melabur pada negara yang tidak merdeka.
Malaysia kaya dengan hasil bahan mentah. Kemrdekaan juga penting untuk pembangungan sesebuah negara. Sebelum merdeka, banyak kekayaan telah dikaut oleh penjajah. Dasar Wawasan 2020 telah banyak menyumbang kepada pembangunan Malaysia bagi mencapai pembangunan yang seimbang di kawasan bandar dan luar bandar. Negara juga telah membangun dan memperbaiki sistem pengangkutan dan komunikasi bagi menghubungkan suatu kawasan dengan kawasan lain. Perhubungan antara kawasan sangat penting untuk memastikan pembangunan dapet dilakukan dengan seimbang. Pembangunan juga dapat mengurangkan kadar kemiskinan dengan membari lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat. Sekiranya negara kita tidak merdeka adakah pembangunan seperti ini dapat digapai? Kita boleh manjadikan Afrika sebagai contoh negara yang tidak membangun akibat perang.
Antara sebab lain ialah untuk mengekalkan kesejahteraan dan kemakmuran kepada bangsa dan negara Malaysia. Dasar-dasar ini dapat merapatkan jurang pendapatan antara etnik. Perkara ini penting kerana ini adalah penyebab kepada peristiwa 13 Mei.Melalui dasar ini, negara telah merancang bagi memodenkan kawasan luar bandar di samping mengadakan suasana pekerjaan yang mencerminkan komposisi kelompok etnik di Malaysia. Kerajaan telah membaik pulih kualiti hidup rakyat terutama melalui pendidikan, kesihatan dan kemudahan prasarana. Pelbagai kempen telah dilakukan bagi menerapkan semangat nasionalisme. Semangat sedemikianlah yang menjadi intipati kepada kekuatan negara.
Sebagai intiha, semua harus bersendel bahu untuk mengekalkan kemerdekaan negara. Kemerdekaan negara harus digenggam erat untuk kepentingan bersama. Kemerdekaan sedia ada tidak harus dijahanamkan dek anasir-anasir yang cuba mengusik kemerdekaan dan keamanan Malaysia. Perasaan sayang akan negara Malaysia harus dipupuk sejak kecil agar generasi muda tidak lupa akan tanggungjawab mempertahankan kemerdekaan negara Malaysia. Malaysia sentiasa nombor satu dalam jiwa dan minda.